Monday, 26 August 2013

Majlis Sambutan Hari Raya PWKKL 17 Syawal/24 Ogos 2013


 Banner Majlis yang telah digantung beberapa hari lebih awal..cantik kan?


Antara hidangan yang tersedia buat semua tetamu yang hadir..Tema kita kali ni berkongsi/potluck


 Semuanya disediakan dan dimasak sendiri oleh Jawatankuasa PWKKL serta ahli2 yang turut memberi sumbangan makanan..

 
 Jawatankuasa bersama tetamu dan ahli2 PWKKL beramah mesra..


Majlis hari raya seperti ini lah yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama uhang kincai..


 Dari kiri: Hajah Rokiah, Puan Norijah, Hajah Rahmah & Puan Siti Eshah


Rancak nampaknya Dato Kuris (Pengerusi Keturunan Uhang Kincai Hulu Langat) dan Haji Taufiq (Pengerusi Anak Kerinchi Hulu Selangor) berborak..


Wakil Rakyat Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang turut sudi hadir meluangkan masa ke majlis hari raya Waris Kerinchi ni..terima kasih YB.


Sesi bergambar bersama seluruh ahli dan jawatankuasa PWKKL bersama tetamu jemputan kita dari Hulu Langat dan Hulu Selangor..


Kini waktu melawat dan beraya ke rumah warga emas Kg Kerinchi..


Terima kasih atas layanan nya..


Alhamdulillah..Kita sama2 doakan Hajah Habsah binti Hj Ali (duduk) dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik.

Syukur Alhamdulillah..majlis kita berjalan lancar. Mudah-mudahan perhubungan yang dibina antara kita ini akan kukuh terjalin sampai bila-bila hendakNya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Ikhlas dari Persatuan Waris Kerinchi Kuala Lumpur.
'Memartabatkan Warisan Kerinchi'

Tuesday, 20 August 2013

Banner Sambutan Majlis Hari Raya PWKKL

Assalamualaikum WBT..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Kerinchi di Malaysia. Persatuan Waris Kerinchi Kuala Lumpur (PWKKL) memohon maaf zahir dan batin kepada semua. Apa khabar uhang Kincai di hari rayo ni?
Harap semuanya sihat walafiat lah ye.

Alhamdulillah...lebih kurang 3 hari sahaja lagi untuk kita semua warga Kerinchi bertemu dan menyambut hari raya bersama-sama pada hari Sabtu (24hb Ogos 2013) ini. Persiapan majlis sambutan hari raya PWKKL buat kali pertama ini syukur Alhamdulillah berjalan lancar setakat ini. Kita doakan bersama-sama agar pada hari majlis berlangsung semuanya akan berjalan dengan lancar, meriah, harmoni dan dapatlah kita berkongsi perasaan indah serta penuh kasih sayang ini sesama kita hendaknya.

Buat pengetahuan semua, Inshaa Allah, penaung PWKKL iaitu Dato' Maznah binti Mazlan sudi meluangkan masa beliau untuk turun bersama-sama semua ahli PWKKL dan uhang kincai dalam sambutan hari raya pada hari Sabtu nanti. Jika tiada aral melintang, beliau akan tiba bagi beramah mesra dengan semua. Besarlah hati PWKKL dalam menerima berita kedatangan beliau ini.

Jemputan juga telah di sampaikan kepada Persatuan Keturunan Uhang Kincai Hulu Langat dan Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor. Mudah-mudahan tibalah mereka semua untuk memeriahkan majlis ini serta dapatlah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Sekali lagi, di sini kami pihak PWKKL ingin menguar-uarkan dan menjemput semua warga Kerinchi untuk hadir beraya bersama-sama. Jemputlah datang...


BANNER MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PWKKL

Sampai kita jumpa nanti...:)

Thursday, 1 August 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah / 2013

Assalamualaikum wbt.

Apo khabar kantai kantai, sedaho- sedaho, mamak-mamak, dan warga Kincai se Malaysia? Harap semuanya dikurniakan kesihatan yang baik. Kita kini berada di minggu terakhir Ramadhan. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah SWT dan selamat menjalani ibadah puasa kali ini.

Di sini PWKKL ingin menyampaikan jemputan buat semua warga Kerinchi se Malaysia tidak kisah lah dimana kalian berada. PWKKL ingin menjemput semua ke sambutan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah pada Syawal yang bakal tiba ini.

Berikut adalah butir-butir sambutan tersebut:-

Tarikh:   24hb Ogos 2013
Hari   :   Sabtu
Masa :   2.00 Hingga 5.00 Petang
Tempat: Surau Al Mukmin, Jalan Pantai Murni 5, Kg Kerinchi.

Sambutan dan jamuan ini adalah bertujuan untuk bersama-sama meraikan Syawal yang mulia ini disamping turut mengeratkan silaturrahim warga Kerinchi yang jarang bersua muka. Konsep sambutan kali pertama ini lebih santai di mana ahli PWKKL yang hadir pada sambutan tersebut boleh turut berkongsi juadah @ potluck bagi dinikmati bersama.

Harapan PWKKL adalah semoga majlis sambutan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri ini akan meriah dengan kehadiran warga Kerinchi semuanya. Jemput datang ye semuanya.

p/s: Jangan lupa tandakan tarikh ini pada diari/kalendar masing-masing ye. Hehehehe.

Sampai kita jumpa di lain waktu. Inshaa Allah.

Assalamualaikum.