Tuesday 20 August 2013

Banner Sambutan Majlis Hari Raya PWKKL

Assalamualaikum WBT..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Kerinchi di Malaysia. Persatuan Waris Kerinchi Kuala Lumpur (PWKKL) memohon maaf zahir dan batin kepada semua. Apa khabar uhang Kincai di hari rayo ni?
Harap semuanya sihat walafiat lah ye.

Alhamdulillah...lebih kurang 3 hari sahaja lagi untuk kita semua warga Kerinchi bertemu dan menyambut hari raya bersama-sama pada hari Sabtu (24hb Ogos 2013) ini. Persiapan majlis sambutan hari raya PWKKL buat kali pertama ini syukur Alhamdulillah berjalan lancar setakat ini. Kita doakan bersama-sama agar pada hari majlis berlangsung semuanya akan berjalan dengan lancar, meriah, harmoni dan dapatlah kita berkongsi perasaan indah serta penuh kasih sayang ini sesama kita hendaknya.

Buat pengetahuan semua, Inshaa Allah, penaung PWKKL iaitu Dato' Maznah binti Mazlan sudi meluangkan masa beliau untuk turun bersama-sama semua ahli PWKKL dan uhang kincai dalam sambutan hari raya pada hari Sabtu nanti. Jika tiada aral melintang, beliau akan tiba bagi beramah mesra dengan semua. Besarlah hati PWKKL dalam menerima berita kedatangan beliau ini.

Jemputan juga telah di sampaikan kepada Persatuan Keturunan Uhang Kincai Hulu Langat dan Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor. Mudah-mudahan tibalah mereka semua untuk memeriahkan majlis ini serta dapatlah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Sekali lagi, di sini kami pihak PWKKL ingin menguar-uarkan dan menjemput semua warga Kerinchi untuk hadir beraya bersama-sama. Jemputlah datang...


BANNER MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PWKKL

Sampai kita jumpa nanti...:)

No comments:

Post a Comment