Monday, 26 August 2013

Majlis Sambutan Hari Raya PWKKL 17 Syawal/24 Ogos 2013


 Banner Majlis yang telah digantung beberapa hari lebih awal..cantik kan?


Antara hidangan yang tersedia buat semua tetamu yang hadir..Tema kita kali ni berkongsi/potluck


 Semuanya disediakan dan dimasak sendiri oleh Jawatankuasa PWKKL serta ahli2 yang turut memberi sumbangan makanan..

 
 Jawatankuasa bersama tetamu dan ahli2 PWKKL beramah mesra..


Majlis hari raya seperti ini lah yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama uhang kincai..


 Dari kiri: Hajah Rokiah, Puan Norijah, Hajah Rahmah & Puan Siti Eshah


Rancak nampaknya Dato Kuris (Pengerusi Keturunan Uhang Kincai Hulu Langat) dan Haji Taufiq (Pengerusi Anak Kerinchi Hulu Selangor) berborak..


Wakil Rakyat Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang turut sudi hadir meluangkan masa ke majlis hari raya Waris Kerinchi ni..terima kasih YB.


Sesi bergambar bersama seluruh ahli dan jawatankuasa PWKKL bersama tetamu jemputan kita dari Hulu Langat dan Hulu Selangor..


Kini waktu melawat dan beraya ke rumah warga emas Kg Kerinchi..


Terima kasih atas layanan nya..


Alhamdulillah..Kita sama2 doakan Hajah Habsah binti Hj Ali (duduk) dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik.

Syukur Alhamdulillah..majlis kita berjalan lancar. Mudah-mudahan perhubungan yang dibina antara kita ini akan kukuh terjalin sampai bila-bila hendakNya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. 
Ikhlas dari Persatuan Waris Kerinchi Kuala Lumpur.
'Memartabatkan Warisan Kerinchi'

Tuesday, 20 August 2013

Banner Sambutan Majlis Hari Raya PWKKL

Assalamualaikum WBT..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga Kerinchi di Malaysia. Persatuan Waris Kerinchi Kuala Lumpur (PWKKL) memohon maaf zahir dan batin kepada semua. Apa khabar uhang Kincai di hari rayo ni?
Harap semuanya sihat walafiat lah ye.

Alhamdulillah...lebih kurang 3 hari sahaja lagi untuk kita semua warga Kerinchi bertemu dan menyambut hari raya bersama-sama pada hari Sabtu (24hb Ogos 2013) ini. Persiapan majlis sambutan hari raya PWKKL buat kali pertama ini syukur Alhamdulillah berjalan lancar setakat ini. Kita doakan bersama-sama agar pada hari majlis berlangsung semuanya akan berjalan dengan lancar, meriah, harmoni dan dapatlah kita berkongsi perasaan indah serta penuh kasih sayang ini sesama kita hendaknya.

Buat pengetahuan semua, Inshaa Allah, penaung PWKKL iaitu Dato' Maznah binti Mazlan sudi meluangkan masa beliau untuk turun bersama-sama semua ahli PWKKL dan uhang kincai dalam sambutan hari raya pada hari Sabtu nanti. Jika tiada aral melintang, beliau akan tiba bagi beramah mesra dengan semua. Besarlah hati PWKKL dalam menerima berita kedatangan beliau ini.

Jemputan juga telah di sampaikan kepada Persatuan Keturunan Uhang Kincai Hulu Langat dan Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor. Mudah-mudahan tibalah mereka semua untuk memeriahkan majlis ini serta dapatlah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita.

Sekali lagi, di sini kami pihak PWKKL ingin menguar-uarkan dan menjemput semua warga Kerinchi untuk hadir beraya bersama-sama. Jemputlah datang...


BANNER MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PWKKL

Sampai kita jumpa nanti...:)

Thursday, 1 August 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah / 2013

Assalamualaikum wbt.

Apo khabar kantai kantai, sedaho- sedaho, mamak-mamak, dan warga Kincai se Malaysia? Harap semuanya dikurniakan kesihatan yang baik. Kita kini berada di minggu terakhir Ramadhan. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima Allah SWT dan selamat menjalani ibadah puasa kali ini.

Di sini PWKKL ingin menyampaikan jemputan buat semua warga Kerinchi se Malaysia tidak kisah lah dimana kalian berada. PWKKL ingin menjemput semua ke sambutan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijrah pada Syawal yang bakal tiba ini.

Berikut adalah butir-butir sambutan tersebut:-

Tarikh:   24hb Ogos 2013
Hari   :   Sabtu
Masa :   2.00 Hingga 5.00 Petang
Tempat: Surau Al Mukmin, Jalan Pantai Murni 5, Kg Kerinchi.

Sambutan dan jamuan ini adalah bertujuan untuk bersama-sama meraikan Syawal yang mulia ini disamping turut mengeratkan silaturrahim warga Kerinchi yang jarang bersua muka. Konsep sambutan kali pertama ini lebih santai di mana ahli PWKKL yang hadir pada sambutan tersebut boleh turut berkongsi juadah @ potluck bagi dinikmati bersama.

Harapan PWKKL adalah semoga majlis sambutan dan jamuan Hari Raya Aidilfitri ini akan meriah dengan kehadiran warga Kerinchi semuanya. Jemput datang ye semuanya.

p/s: Jangan lupa tandakan tarikh ini pada diari/kalendar masing-masing ye. Hehehehe.

Sampai kita jumpa di lain waktu. Inshaa Allah.

Assalamualaikum.



Tuesday, 30 July 2013

Gotong Royong Pembersihan Tanah Kubur Wakaf Haji Abdullah Haji Ahmad Al Kerinci (29 Jun 2013)

Assalamualaikum Uhang Kincai legaloh..
Ini adalah aktiviti hujung minggu yang dilakukan bersama-sama diantara ahli-ahli PWKKL. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan perkuburan yang mana sebahagian besar yang disemadikan di sini adalah uhang uhang keturunan kincai. Tanah perkuburan ini diwakafkan oleh Haji Abdullah Haji Ahmad pada tahun 1932 dan beliau meninggal pada tahun 1935. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan tali ukhuwah dan silaturrahim diantara ahli PWKKL.



Antara ahli PWKKL yang bertungkus lumus pada hari tersebut


Sampah sarap dan daun- daun kering yang dibakar


Salah seorang cicit Haji Abdullah Haji Ahmad yang turut bergotong royong bersama iaitu Haji Baharudin Haji Hassan

Sampai kita jumpa lagi. Assalamualaikum.

Monday, 29 July 2013

BERITA TERKINI / BERKONGSI PENDAPAT & CERITA

Assalamualaikum...

Kini semua ahli yang mempunyai jaringan laman sosial Facebook boleh bersama-sama mengikuti perkembangan PWKKL, aktiviti akan datang, cerita-cerita atau pendapat yang mahu dikongsikan bersama ahli yang lain boleh melawati page facebook PWKKL.

Hanya perlu 'search' PERSATUAN WARIS KERINCHI KUALA LUMPUR. Ingat semua mesti huruf besar, nanti boleh lah join facebook ini dan Inshaa Allah sama-sama kita merapatkan ukhuwah sesama masyarakat Kerinchi Kuala Lumpur.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PWKKL 2013

PENGERUSI:               MOHD HUSAIMI BIN HAJI ISMAIL (019-3913531)

TIMB. PENGERUSI:   ZAINAL ABIDIN BIN HAJI HASSAN (013-2032466)

SETIAUSAHA:           ADNAN BIN MAT LAWAN (019-2374451)

TIMB SETIAUSAHA: NORIJAH BINTI HAJI HASSAN (012-3931497)

BENDAHARI:             FADILAH OTHMAN (012-6779867)

AHLI JAWATANKUASA:

1)HAJI IDRIS BIN HAJI MOHD ALI (EXCO AGAMA)

2)ABBAS BIN HAJI KHATIB (EXCO AGAMA)

3)NORLIAH BINTI HAJI OTHMAN (EXCO EKONOMI)

4)BAHARUDDIN HAJI HASSAN (EXCO EKONOMI)

5)MARTUNUS BIN YAKUB (EXCO SEJARAH, KEBUDAYAAN & KESENIAAN)

6)RAFEAH BT HAJI KHATIB (EXCO KOMUNIKASI, KEMASYARAKATAN & KEBAJIKAN)

7)ABDUL MAJID B HAMZAH (EXCO KOMUNIKASI, KEMASYARAKATAN & KEBAJIKAN)

8)HAYAT BIN MOHD RIMIN (EXCO SUKAN & REKREASI)

9)TAJUDIN BIN HAJI OTHMAN (EXCO SUKAN & REKREASI)

10) MOHD NOR BIN IDRIS (EXCO SUKAN & REKREASI)


PWKKL, Kini Rasmi Pada 15 Disember 2012

 Majlis Perasmian PWKKL & Mesyuarat Agung (Siri 1)


Senator Dato' Maznah ketika menandatangani plak sebagai simbol perasmian

Plak perasmian yang telah ditandatangani


Dato' Maznah selaku penaung PWKKL sewaktu menyampaikan ucapan


Sesi bergambar


Setiap ahli PWKKL yang hadir mendapat button badge ini 


Sebahagian dari ahli yang hadir pada hari tersebut


Dato' Kuris selaku Pengerusi Persatuan Keturunan Uhang Kincai Hulu Langat bersama isteri turut hadir memeriahkan majlis


Ketibaan penaung disambut meriah oleh ahli


Penaung, tetamu jemputan dan AJK PWKKL bergambar sebagai tanda kenangan


Sesi pendaftaran dan kehadiran ahli




Sumbangan dan sijil penghargaan buat warga emas Kerinchi


Puan Hajah Halimah menerima sijil penghargaan daripada penaung


Pengerusi Majlis iaitu saudara Nor Muhammad

KINI RASMI TERTUBUHNYA PWKKL...SYUKUR ALHAMDULILLAH.
15 DISEMBER 2012
SEKOLAH RENDAH AGAMA SRI PANTAI
TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG MEMBERIKAN KERJASAMA DAN BERTUNGKUS LUMUS BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI.

DEFINISI LOGO PWKKL

WARNA :
Warna Merah, Kuning dan Biru adalah warna Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana berpusatnya Persatuan Waris Kerinchi Warna Putih melambangkan kesucian, ketaqwaan dan keikhlasan
warga Kerinchi

PERKATAAN :
Perkataan Allah dan Muhammad S.A.W bermaksud seluruh Ahli dan warga Kerinchi berpegang teguh kepada agama Islam.

GENGGAMAN TANGAN :
Tangan yang mengenggam bermaksud warga Kerinchi setia dan berpegang pada janji.

KERIS :
Keris melambangkan keberanian masyarakat Kerinchi mempertahankan Warisan dan maruah diri.

BENTUK BULATAN :
Bulatan luar dan dalam bermaksud kesepakatan memperkukuhkan tali persaudaraan,membantu ahli dalam kebajikan, menaik taraf sosio ekonomi, menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan  masyarakat Kerinchi.

Bentuk separuh bulat seperti kawah merupakan bentuk muka bumi Kerinchi.


‘MEMARTABATKAN WARISAN KERINCHI’                      

Logo Persatuan Waris Kerinchi KL


Logo PWKKL ini direka khas oleh saudara Kamaruddin bin Haji Hassan. Terima kasih diucapkan pada beliau.

Sejarah Penubuhan Persatuan Waris Kerinchi KL

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi atas kurniaan nikmat dan kesejahteraan kepada kita semua, masyarakat Kerinchi Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kepada kaum keluarga, sahabat handai serta anak anak Kerinchi atas semangat, dorongan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada diri saya untuk menubuhkan satu persatuan dengan harapan dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat Kerinchi Kuala Lumpur.

Pada April 2012, saya dan isteri berkesempatan untuk menghadiri satu majlis perjumpaan masyarakat Kerinchi Malaysia di Hotel Iris Melaka Raya, Melaka. Perjumpaan yang diadakan ini adalah untuk membincangkan tentang sebuah program ‘Moh Balik Kincai’ yang bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat Kerinchi Malaysia pulang dan melawat ke Kerinchi, Indonesia. Turut pada majlis tersebut adalah masyarakat Kerinchi dari negeri Johor, Melaka, Perak dan Selangor  Pelbagai perkara turut dibincangkan pada perjumpaan tersebut termasuklah isu dan masalah yang berkaitan dengan masyarakat Kerinchi. Kesepakatan dan keikhlasan semua jemputan dalam membahas isu-isu melibatkan orang Kerinchi telah terlihat pada majlis tersebut.

Dengan semangat jati Kerinchi dan sokongan yang diberikan , saya bertekad untuk menubuhkan persatuan yang akan dapat menghubungkan semua masyarakat Kerinchi di Kuala Lumpur. 1hb Mei 2012 telah menjadi tarikh keramat dan titik permulaan apabila satu majlis mesyuarat penubuhan Persatuan telah diadakan  dan 22 orang telah menghadiri mesyuarat tersebut.  Pengerusi Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor turut hadir sama dan memberi pandangan serta cadangan agar penubuhan Persatuan ini dapat menjadi kenyataan. Berikutan itu, terlantiklah Jawatankuasa Penaja dan mendapat kata sepakat untuk melakukan pendaftaran persatuan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan nama PERSATUAN WARIS KERINCHI KUALA LUMPUR  pada 4hb Julai 2012. Pendaftaran ini kemudiannya telah mendapat kelulusan pada 11hb Julai 2012. Maka dengan itu, masyarakat Kerinchi Kuala Lumpur telah mempunyai sebuah Persatuan yang berdaftar.

Tujuan & Matlamat Persatuan Waris Kerinchi Kuala Lumpur adalah:

      a.       Menyatu, menyusun, mengembeling dan memperkukuhkan tali  
       persaudaraan masyarakat Kerinchi Kuala Lumpur

b.   Tolong menolong diantara sesama ahli didalam soal kebajikan

c.   Membantu untuk mempertingkatkan taraf sosio ekonomi ahli-ahli

d.    Menjalankan aktiviti –aktiviti kebajikan,sukan, kemasyarakatan ekonomi
      rekreasi sosial dan kebudayaan

e.    Merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan  dikalangan  ahli-ahli


Akhir sekali, ucapan terima kasih saya hulurkan kepada seluruh masyarakat Kerinchi yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam memberi sokongan kepada penubuhan Persatuan Waris Kerinchi ini. Tidak lupa juga kepada sahabat dan masyarakat Kerinchi yang turut hadir pada majlis perjumpaan ‘Moh Balik Kincai’ kerana telah menyuntik semangat saya untuk menubuhkan persatuan ini.

Assalamualaikum.

Mohd Husaimi Bin Ismail
Pengerusi PWKKL 2013